Thursday, January 3, 2013

Allah masih sayang

Bila kita bersedih baru kita ingat Allah kan?

Sudahlah jangan tipu, tapi ada jugak yang bersedih masih tak ingat Allah. Ada ke macam tu?

Saya bukanlah baik sangat, solat jarang cukup 5 waktu, mengaji pun jarang sekali. Dulu masa bujang ada kawan nak pergi mengaji, tapi sekarang dah kahwin, ustaz pulak yang telefon "Bila awak nak datang mengaji?" Malu betul tok guru telefon anak murid.

Dear Allah, terima kasih kerana masih memberikan hambaMu ini peluang untuk terus beribadat dan mengingatiMu. HambaMu ini kerap kali lalai, kerap kali mengabaikan tanggungjawab terhadapMu.

Engkau Maha Mengtahui doaku saat ini. Doaku yang aku pinta dari malam semalam, tunjukkamlah aku kebenaran, pimpinlah aku ke jalan lurus. Jauhi aku dari syak wasangka. Jauhi aku dari hasutan iblis. Tunjukkanlah aku kebenaran itu, hanya Engkau yang boleh membuktikan perkara itu Ya Allah. Janganlah Engkau hampakan permintaan ku Ya Allah...


No comments:

Post a Comment

Pray for Fazlin & Riduan happiness!