Saturday, August 24, 2013

Currently no title

Kenapa Allah uji kita? Saya faham Allah hanya akan uji kita kalau Dia tahu kita mampu untuk hadapinya.

Bagi aku, aku cukup kuat Allah berikan aku ujian ini sebab bukan semua umatNya mampu. Kekuatan makhluk Allah ini berbeza-beza mengikut kemampuannya. Allah itu Maha mengetahui.

Aku diuji dengan mempunyai manusia sebegini dalam hidupku. Ada manusia yang penyayang dan memahami tapi mulutnya laser sekali, tapi dia baik :)

Aku diuji dengan manusia yang punya sifat dengki namun dia taat pada suruhan Allah. Dia solat bila sampai waktu. Dia mengaji bila ada kelapangan.

Aku diuji dengan manusia yang boleh menyimpan rahsia, berkongsi rasa duka dan boleh bergelak ketawa. Aku bahagia dengan mereka kerana aku berjaya ketawa tanpa dusta.

Aku diuji dengan manusia yang boleh berkongsi cerita duka namun dia tidak boleh menjadi sahabat setia. Tapi aku gembira kerana matanya menjadi bukti duka aku.

Aku diuji dengan manusia yang berkira. Kedekut yang sukar aku percaya. Dia pulak seorang yang tak boleh terima "takde rezeki". Seboleh-bolehnya tak mau rugi walaupon dengan cara bersedekah. Astagfirullahhal'azim... percayalah wahai manusia... Kun Fa Ya Kun...

Entahlah.......

Ya Allah berikan aku kekuatan mu. Apakah aku ini hamba yang sangat kuat hingga aku perlu berdepan dengan manusia yang menjengkelkan?

Aku cuma mahu kebahagiaan.

Tapi aku tak pernah lupa. Aku percaya kebahagiaan aku ada di akhirat jika itu takdirnya...

No comments:

Post a Comment

Pray for Fazlin & Riduan happiness!